Sampai Bila, Misha Omar Buat Peminat Meremang

Bacaan : < 1 minit

Ramai netizen mahupun rakan artis merasakan nyanyian Misha omar (sampai bila) yang dipersembahkan pada malam Anugerah Juara Lagu yg ke-33 (#AJL33) memberikan impak yang mendalam pada jiwa semua yang mendengarnya.

Ada yang meremang mendengar kehebatan vokal penyanyi tersebut seperti aura pontianak harum sundal malam kembali menghantui semua. Ada juga yang sama-sama sebak menghayati nyanyian beliau yang dikatakan tembus ke jiwa pendengar ketika itu.

Malah ada juga yang menyifatkan lagu Sampai Bila hasil ciptaan komposer terkenal, Sharon Paul, manakala liriknya yang ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri ini mempunyai ciri lagu material juara.

Namun disebalik itu, Misha Omar melalui akaun instagram nya telah berkongsi perasaan gemuruh beliau ketika cuba untuk menghabiskan nota terakhir perkataan CINTA. Beliau ketika itu mengakui telah di bawa emosi dan rasa terharu akan sorakan sokongan dan tepukan hebat daripada penonton yang berada di Axiata Arena, sehingga bimbang bakal menjejaskan mutu nyanyian nya.

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen memuji mutu nyanyian beliau dan mengucapkan ribuan tahniah atas kemenangan beliau yang telah memenangi Anugerah Vokal Terbaik AJL-33 sekali gus membawa pulang wang berjumlah RM12,000 berserta trofi.

Tahniah buat Misha Omar.

Artikel Berkenaan...
Disaman RM200,000, Sajat Lantik Siti Kasim Sebagai Peguam Bela

Usahawan kecantikan terkenal, Nur Sajat berdepan saman RM200,000 yang difailkan oleh bekas stokis Nur Sajat Baca lagi

Hampir Sebulan Tinggal Berjauhan, Saya Masih Lagi Isteri Aliff – Bella Astillah

Selepas ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon Oktovia Manrose, pelakon Aliff Aziz bertindak mendiamkan Baca lagi

Gara-Gara ‘Posing Maut’ Ini, Janna Nick Dikritik Netizen

Pelakon Janna Nick dikenali sebagai seorang yang ‘happy go lucky’ dan diminati bukan sahaja kerana Baca lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langgan berita kami

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap