Laporan Jenayah Komersial Kini Boleh Dilaporkan Melalui WhatsApp

Bacaan : < 1 minit

Media sosial memang cukup terkenal dengan kes-kes penipuan yang melibatkan penjualan dan pembelian secara dalam talian mahupun pembelian secara COD (Cash on delivery). Pelbagai kes dilaporkan dan melibatkan jumlah yang sangat besar.

Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah membuka talian khusus di aplikasi WhatsApp buat rakyat Malaysia untuk anda melaporkan jenayah komersial.

Sebelum ini juga pihak PDRM pernah membuka talian untuk anda melaporkan tentang kesalahan merokok di kawasan kedai makan. Dan beberapa kesalahan lain seperti vandalisma dalam tren dan kesalahan jalanraya.

Jenayah komersial ini antaranya seperti penipuan kad kredit, perbankan dalam talian, cinta, pembelian dalam talian, belian insurans, dan bungkusan penghantaran. Nama rasmi untuk laporan kes jenayah komersial ini juga digelar sebagai Commercial Crime Information Department (CCID) Infoline.

Kes jenayah boleh dilaporkan melalui WhatsApp atau SMS. Laporan juga boleh dibuat pada nombor 013 2111222. Tambahan lagi, laporan disediakan buat pengguna dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam pada setiap hari.

Sumber TheSkop

Artikel Berkenaan...
Shortcuts – Buka Chat WhatsApp Tanpa Simpan No Dalam iPhone

Ini skrip untuk anda guna dan buka nombor yang tidak ada di dalam dalam fon Baca lagi

WhatsApp akan mula ada iklan seawal 2020

Seawal tahun 2020 kita bakal melihat WhatsApp akan ada pengiklanan yang muncul sewaktu kita menggunakannya. Baca lagi

Cara semak jika Facebook, WhatsApp, Messenger atau Instagram mengalami gangguan

Facebook, Messenger, Instagram, dan WhatsApp keempat-empat aplikasi ini sedang mengalami gangguan buat pengguna di seluruh Baca lagi

Langgan berita kami

2 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap