Google Mungkin Perkenalkan Peranti Pixel 3a dan Pixel 3a XL Seawal Mei Ini

Bacaan : < 1 minit

“Something big is coming to the Pixel universe”, slogan yang dikongsikan oleh Google memberi petunjuk kuat bahawa Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL mungkin akan diumumkan pada keynote I/O 2019 pada 7 Mei nanti.

Butiran tentang kedua-duanya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu. Google dijangka memperkenalkan sepasang peranti pada tanda harga yang lebih rendah daripada peranti flagship mereka Pixel 3 dan Pixel 3 XL yang dilancarkan tahun lalu.

Barisan Pixel 3a dilaporkan akan menawarkan prestasi kamera yang sama, yang menjadi kekuatan Google, tetapi membuat penurunan di bahagian lain termasuk rekaan. Dikhabarkan ura-ura mendapati, Pixel 3a akan menggunakan ketahanan jenis panel plastik, resolusi skrin yang rendah, dan cip pemprosesan yang berlainan.

Sumber TheSkop

Langgan berita kami

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap