Shortcuts – Screenshot anda terasa bosan dalam iPhone?

Bacaan : 2 minit

Sebelum ini ada admin kongsikan cara buka WhatsApp tanpa perlu simpan nombor. Hari ini admin nak ajar bagaimana anda boleh membuat screenshot seperti dalam gambar di bawah. Untuk makluman anda skrip ini dibina oleh Federico Viticci.

Skrip yang admin nak kongsikan ini hanya menyokong

  • iPhone 6 dan 6 Plus
  • iPhone 7 dan7 Plus
  • iPhone 8 dan 8 Plus
  • iPhone X
  • iPhone Xs dan Xs Max
  • iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max
  • Apple Watch Siri 4 (44mm model)
  • iPad Pro (12.9” model & 11″ model)
Screenshot Apple Watch Menggunakan Skrip

Masa diperlukan : 5 minutes.

Ikuti langkah ini untuk mendapatkan fungsi screen shot yang menarik seperti di atas.

  1. Muat turun skrip

    Muat turun skrip ini di sini menggunakan Safari dan aktifkan dalam iPhone anda. Setelah diaktifkan anda boleh nampak skrip ini di dalam aplikasi Shortcuts anda.

    https://www.icloud.com/shortcuts/3926d9ecc58e43c1a04a72d2ebeb0c67

  2. Pastikan iPhone iOS 13

    Sila ambil maklum skrip ini dibina dan besar kemungkinan hanya sesuai untuk pengguna iPhone dengan iOS 13 dan tidak sesuai dengan iOS sebelumnya. Jika keluar notifikasi “Don’t allow untrusted shortcuts”, pergi ke SettingsShortcutsAllow Untrusted Shortcuts.

    Ini hanya harus dilakukan sekali sahaja. Jika anda tidak jumpa pilihan tersebut, buka aplikasi Shortcuts dan tekan gallery. Muat turun satu skrip berada di situ dan kemudian pilihan Allow Untrusted Shortcuts akan muncul. Jika masih tidak muncul, matikan iPhone dan hidupkan kembali.

  3. Skrip telah berjaya

    Jika anda berjaya membuat langkah pertama dan kedua, skrip tersebut akan tersenarai dalam paparan senarai Shortcuts anda.

  4. Cara penggunaan

    Buat screenshot di dalam iPhone anda dan kemudian anda pilih gambar yang telah anda buat screenshot sebelum itu dan tekan ikut gambaran di bawah di dalam aplikasi Photos.

Langgan berita kami

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap