iCloud – Masih ramai yang tidak cakna

Bacaan : 2 minit

Baru-baru ini admin ada melakukan undian untuk mengetahui peratusan pengguna Apple yang menggunakan iCloud berbayar dan percuma di Facebook dan juga Twitter.

Berapa ramai daripada anda yang menggunakan iPhone melanggan iCloud atau masih sehingga ke hari ini menggunakan iCloud percuma?

Posted by Pisang Panas on Tuesday, October 22, 2019
Undian di Facebook Pisang Panas
Undian di Twitter Pisang Panas

Daripada jumlah responden 2228 yang telah membuang undi sebanyak 30 peratus sahaja menggunakan iCloud berbayar berbanding 70 peratus menggunakan iCloud percuma yang diberikan oleh Apple Inc iaitu storan asas sebanyak 5GB.

Rata-rata responden memberikan maklum balas mereka menggunakan Google Photos untuk tujuan menyimpan gambar dalam iPhone mereka. Google setakat hari ini menawarkan storan tidak terbatas untuk menyimpan gambar dan ini memang agak menarik.

Pada pendapat admin yang menggunakan Apple secara eklusif, menggunakan iCloud berbayar banyak kelebihannya. Berikut merupakan harga storan awan yang ditawarkan oleh Apple Inc setakat hari ini.

Harga permulaan yang ditawarkan untuk 50GB hanya RM3.90 sebulan dan pelan paling mahal untuk storan 2TB hanya RM39.90 sebulan. Untuk yang baru ingin menggunakan storan awan daripada Apple, admin nasihatkan ambil pelan yang paling murah. Jika ada keperluan dan tidak cukup barulah naik ke pelan seterusnya.

Mempunyai iCloud berbayar banyak kelebihannya. Semua data yang berada di dalam peranti Apple anda akan disimpan dalam storan awan. Semua ini dilakukan secara automatik dan anda tidak perlu buat apa-apa.

Antara data yang disimpan di dalam storan awan adalah seperti nombor telefon di dalam aplikasi Contacts, semua gambar di dalam aplikasi Photos, data-data aplikasi yang berada di dalam iPhone anda seperti WhatsApp dan sebagainya.

Jika iPhone anda rosak, hilang atau dicuri semua data anda akan selamat berada di storan awan. Apabila anda membeli peranti Apple yang baru anda hanya perlu log masuk dengan iCloud anda semua data ini akan dimuat masuk ke dalam peranti anda. Semua data akan sama dengan peranti lama anda seperti aplikasi, susunan aplikasi, wallpaper yang anda gunakan, maklumat panggilan keluar masuk, pendek kata sama sepenuhnya dengan peranti lama anda.

Data adalah komoditi yang tidak ternilai. Jika ia hilang memang tiada galang ganti. Apa-apa pon semuanya terpulang kepada anda. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan admin dan mereka menyatakan mereka akan melakukan backup secara manual di dalam PC atau komputer riba mereka. Namun sejauh mana tahap displin anda untuk berbuat demikian.

Artikel Berkenaan...
Teknologi rangkaian 5G bakal kelirukan pengguna

Mengikut mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad pengujian rangkaian 5G di Langkawi tempoh Baca lagi

Cara Masukkan Kalendar Cuti dalam iPhone

Umum daripada kita memang kerap menggunakan fungsi kalendar dalam iPhone untuk menguruskan jadual seharian. Dengan Baca lagi

Shortcuts – Muat turun Youtube

Sebelum ini ada admin kongsikan cara buka WhatsApp tanpa perlu simpan nombor dan membuat screenshot Baca lagi

Langgan berita kami

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap