Apple memperincikan pelindung muka yang direka untuk barisan hadapan melawan Covid-19

Bacaan : < 1 minit

Kecemasan yang berlaku di seluruh dunia ketika ini akibat wabak Covid-19 telah membunuh ribuan manusia seluruh dunia. Apple salah satu syarikat termuka dunia kini dalam perancangan untuk mengeluarkan pelindung muka rekaan mereka. Selain itu Apple Inc juga telah menyalurkan jutaan pelindung muka sebelum rekaan baru mereka siap.

CEO Apple, Tim Cook mengumumkan bahawa mereka akan menyalurkan pelindung muka kepada barisan hadapan yang membantu melawan wabak Covid-19 ini.

Apple Inc menyatakan mereka bersedia untuk menyalurkan pelindung muka akhir minggu ini, dan sejuta lagi bagi minggu seterusnya. Apple Inc juga menyatakan setiap kotak akan ada 100 unit pelindung muka dan pengguna harus memasang beberapa komponen pelindung muka mereka sendiri.

Pelindung muka daripada Apple ini bakal mempunyai 3 bahagian seperti gambar di atas. Pelindung muka ini juga telah direka untuk digunapakai semula. Apple menyarankan pengguna menggunakan bahan pembasuh yang mempunyai komposisi 70% ethanol, 70% isopropyl alkohol, 6% bleach atau 3% hydrogen preoxide. Untuk lebih maklumat lanjut anda boleh terus menghubungi pihak Apple di [email protected].

Langgan berita kami

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap