iOS 13.5 – Ramai salah erti

Bacaan : 2 minit

Hari ini pihak Apple baru melepaskan iOS 13.5 dengan beberapa fungsi baru antaranya :

iOS 13.5
  • Face ID dengan ciri baru (hanya untuk iPhone dengan keupayaan Face ID)
  • Exposure Notification kerjasama Apple dengan Google
  • Beberapa penambahbaikan pepijat yang ditemui dalam iOS sebelumnya

Face ID

Semenjak isu pandemik Covid-19 pengguna iPhone dengan keupayaan Face ID mengalami masalah untuk menyahkunci iPhone mereka apabila memakai pelindung muka.

Sebelum iOS 13.5 untuk menyahkunci iPhone dengan keupayaan Face ID, iOS akan cuba mengenalpasti muka anda, jika nyahkunci gagal baru iOS akan memaparkan paparan kata kunci untuk anda masukkan. Perkara ini sedikit sebanyak pada pendapat saya menyusahkan. Bayangkan setiap kali nak nyahkunci sewaktu di luar jika memakai pelindung muka akan merugikan masa anda.

Dengan iOS 13.5 proses ini telah ditambah baik oleh pihak Apple dan lebih efisen serta menjimatkan masa. Sewaktu ingin nyahkunci Apple akan cuba mengenalpasti muka anda dan juga dalam masa yang sama memaparkan paparan untuk anda kunci masuk kata laluan anda.

Jadi jika anda sememangnya memakai pelindung muka maka terus masukkan kata kunci kerana nyahkunci menggunakan Face ID pasti gagal. Berbanding sebelum iOS 13.5 paparan untuk masukkan kata kunci hanya akan dipaparkan setelah Face ID gagal.

Harap anda tidak keliru dan ingat pelepasan kali ini membolehkan Face ID mengenalpasti muka anda walaupon memakai pelindung muka. Saya menerima banyak maklum balas seperti ini dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna iPhone dengan keupayaan Face ID.

Exposure Notification

Fungsi ini adalah kerjasama pihak Apple dengan Google bagi menangani pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Bagi fon pintar dengan keupayaan ini, ia akan menggunapakai teknologi Bluetooth untuk mengenalpasti pengguna fon pintar lain yang telah disahkan positif Covid-19 dan ada dalam pangkalan data sebagai pesakit. Fon anda akan memberikan notifikasi jika anda secara lansung terdedah dengan mereka ini.

iOS 13.5 Exposure Notification

Setakat hari ini hanya beberapa negara sahaja boleh menggunakan servis ini dalam iPhone mereka dan seperti biasa Malaysia tidak berada dalam senarai.

Sejujurnya perkara ini jika ingin diimplementasikan mempunyai pelbagai sudut yang harus dilihat. Jika diimplementasikan bermakna pihak Apple dan Google akan mengetahui lokasi setiap individu di negara tersebut. Ini mungkin menimbulkan isu sekuriti kelak.

Kita beri masa untuk kerajaan Malaysia untuk memperhalusikan perkara ini dan menimbang tara impak positif dan negatif yang bakal dirasai oleh rakyat. Ini bukan perkara mudah.

Artikel Berkenaan...
Shortcuts – Muat turun Youtube

Sebelum ini ada admin kongsikan cara buka WhatsApp tanpa perlu simpan nombor dan membuat screenshot Baca lagi

Shortcuts – Screenshot anda terasa bosan dalam iPhone?

Sebelum ini ada admin kongsikan cara buka WhatsApp tanpa perlu simpan nombor. Hari ini admin Baca lagi

Shortcuts – Buka Chat WhatsApp Tanpa Simpan No Dalam iPhone

Ini skrip untuk anda guna dan buka nombor yang tidak ada di dalam dalam fon Baca lagi

Langgan berita kami

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap