Teknologi rangkaian 5G bakal kelirukan pengguna

Bacaan : 2 minit

Beberapa model dengan keupayaan rangkaian 5G sudah ada di negara kita Malaysia. Pihak Google dalam Android 11 telah memperincikan bagaimana ikon akan ditunjukkan dalam fon kelak.

Ulasan Android 11 oleh Android Authority
Ulasan kedua Android 11 oleh Android Authority

Untuk makluman anda terdapat beberapa jenis kategori rangkaian 5G atau standard seperti berikut

  • LTE
  • LTE with carrier aggreation (LTE+)
  • Advancede Pro LTE (5Ge)
  • sub-6GHz (5G0
  • mmWave (5G+)

Lepas lihat senarai diatas rasa pening je kan? Banyak sangat jenisnya. Setakat ini liputan 5G di Malaysia masa dalam fasa pengujian. Dijangka pengguna (di kawasan utama) dapat menikmati servis ini seawal suku ketiga 2020.

Mengikut mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad pengujian rangkaian 5G di Langkawi tempoh lalu bakal membuka lembaran baru di Malaysia. Pelbagai perkara yang kini sudah mudah akan menjadi lebih mudah dan cepat.

Video daripada Celcom mengenai rangkaian 5G
Q&A rangkaian 5G oleh Celcom

Manfaat rangkaian 5G

Berikut antara beberapa manfaat rangkaian 5G apabila teknologi ini telah direalisasikan kelak.

  • Capaian rangkaian yang lebih pantas
  • Latensi akan dikurangkan
  • Jalur lebar rangkaian akan lebih besar
  • Tiada lagi rangkaian yang terputus

Dengan manfaat yang bakal diberikan oleh rangkaian 5G pelbagai inovasi baru akan diperkenalkan yang bakal merubah lanskap kehidupan kita seharian. Diharap dengan manfaat yang diberikan, negara kita akan lebih berdaya saing dan sekaligus memacu negara kepada negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi.

Rangkaian 5G di Malaysia

Huawei Technologies Co Ltd, pelopor rangkaian 5G telah memeterai perjanjian dengan pihak Maxis, Celcom Axiata Bhd dan juga Telekom Malaysia Bhd setakat hari ini bagi membangunkan bersama-sama teknologi ini di Malaysia.

Manakala pihak MCMC (Malaysia Communications and Multimedia Commission) telah membuka bidaan bagi spektrum 5G pada April lepas. Bidaan spektrum ini dijangka mencapai nilai RM21.6 billion dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Tangguhkan pembelian fon baru

Jika anda masih berfikir untuk menukar fon baru saya menasihatkan untuk tangguhkan seketika niat anda. Ini kerana kelak apabila fon yang anda beli tidak ada keupayaan 5G ini bakal merugikan anda. Bagi yang sudah membeli fon dengan kapabiliti 5G, fon anda kini tidak dapat menjangkau kapabiliti sedia ada sehingga rangkaian 5G ini direalisasikan kelak.

Artikel Berkenaan...
iCloud – Masih ramai yang tidak cakna

Baru-baru ini admin ada melakukan undian untuk mengetahui peratusan pengguna Apple yang menggunakan iCloud berbayar Baca lagi

Shortcuts – Muat turun Youtube

Sebelum ini ada admin kongsikan cara buka WhatsApp tanpa perlu simpan nombor dan membuat screenshot Baca lagi

Shortcuts – Screenshot anda terasa bosan dalam iPhone?

Sebelum ini ada admin kongsikan cara buka WhatsApp tanpa perlu simpan nombor. Hari ini admin Baca lagi

Langgan berita kami

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap