Authy – Mari pastikan akaun internet kita kukuh

Bacaan : < 1 minit

Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengaktifkan 2-Factor Authentication di akaun-akaun internet mereka seperti Google, Instagram, Facebook, Twitter dan pelbagai lagi yang menawarkan servis ini.

Fungsi ini sebenarnya memastikan akaun kita betul-betul selamat dan hampir tidak boleh digodam oleh pihak ketiga. Ianya ibarat TAC yang anda gunakan di perbankan internet di Malaysia.

Menurut saudara Amsyar di akaun Twitter beliau @Amsyarnaif menerangkan tentang bahayanya dan ada juga menerangkan bagaimana untuk menggunakan fungsi 2-Factor Authentication ini dengan menggunakan aplikasi daripada Microsoft.

Sebenarnya ada banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menyimpan maklumat kata kunci ini. Saya menggunakan aplikasi bernama Authy. Aplikasi ini dibangunkan oleh Authy Inc. Ianya mudah kerana setiap maklumat ni boleh diselaraskan dengan peranti lain sekiranya anda mempunyai banyak peranti dan kerap tukar.

Authy
Aplikasi Authy

Berbanding aplikasi lain masalah akan berlaku sekiranya fon anda hilang, anda menukar baru semua data-data ini akan hilang dan harus diselaraskan kembali yang mungkin sangat memakan masa.

Sejujurnya saya menggunakan aplikasi ini sudah hampir setahun dan saya sangat berpuas hati. Aplikasi ini boleh dimuatturun di PlayStore dan juga App Store.

Langgan berita kami

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap