AirPods Versi Baru Sokong “Hey Siri”

Bacaan : 2 minit

Apple baru melancarkan AirPods versi baru yang kini menyokong Wireless Charging dan cip H1 (Hey SIRI). Dengan cip H1 terbaru ini anda boleh memanggil Siri (pembantu AI di dalam iPhone) tanpa menggunakan apa-apa butang berbanding AirPods generasi pertama yang tidak mempunyai fungsi ini.

H1 dalam AirPods membenarkan 50% masa berbual lebih lama berbanding generasi pertama sebelum ini. Penukaran peranti ketika mendengar muzik pada iPhone, Apple Watch atau iPad kali ini juga lebih baik dan ‘seamless’ iaitu dua kali ganda lebih pantas berbanding model sebelumnya.

Dengan fungsi Siri kali ini pengguna boleh menukar lagu, membuat panggilan dan menetapkan volum atau mencari arah hanya dengan memulakan dengan “Hey Siri”. AirPods baru akan datang dengan kasing standard cas atau Wireless Charging Case yang baru.

Apple menetapkan AirPods dengan kasing standard dijual pada harga RM699 manakala Airpods dengan Wireless Charging Case pula berharga RM879 dan anda boleh membelinya di Apple Malaysia atau wakil pengedar sah Apple Store.

Harga Rasmi di Apple Store Malaysia

Jika anda mempunyai AirPods generasi pertama dan ingin mendapatkan fungsi Wireless Charging anda boleh mendapatkan casing Airpods tersebut dan ianya sesuai digunakan dengan AirPods generasi pertama. Casing tersebut hanya di jual pada harga RM439.

Artikel Berkenaan...
Cara Masukkan Kalendar Cuti dalam iPhone

Umum daripada kita memang kerap menggunakan fungsi kalendar dalam iPhone untuk menguruskan jadual seharian. Dengan Baca lagi

iCloud – Masih ramai yang tidak cakna

Baru-baru ini admin ada melakukan undian untuk mengetahui peratusan pengguna Apple yang menggunakan iCloud berbayar Baca lagi

Shortcuts : Muat turun Youtube

Sebelum ini ada admin kongsikan cara buka WhatsApp tanpa perlu simpan nombor dan membuat screenshot Baca lagi

Langgan berita kami

63 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap