Huawei tawar ganjaran VIP dan program tukar telefon untuk P30

Bacaan : 2 minit

Pembeli Huawei siri P30 bukan sahaja menerima hadiah percuma, tetapi Huawei Malaysia turut menyediakan pelbagai ganjaran dan porgram pemilikan yang lebih mudah. Antaranya program VIP Reward Deals yang menyediakan ganjaran premium.

Program VIP Reward Deals adalah ganjaran yang disediakan untuk pengguna telefon pintar Huawei. Ganjaran yang berbeza disediakan untuk pembelian telefon berlainan. Tetapi semua ganjaran ini boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi Huawei VIP.

Untuk pembelian siri P30, Huawei menyediakan ganjaran eksklusif seperti berikut:

  1. Plaza Premium Lounge – masuk percuma, sehingga 5 kali setahun
  2. Palm Garden Golf Club – harga promosi istimewa
  3. Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur – tawaran makan malam bufet eksklusif, beli 2 percuma 1
  4. Samsonite – diskaun 30% untuk beg berharga normal
  5. Aerocentric – Diskaun eksklusif 70% untuk Aerotours

Selain dari rakan niaga di atas, ada banyak lagi ganjaran yang disediakan oleh rakan niaga lain seperti Puma, Focus Point, Gintell, Tealive, Black Market, Poseidon’s Reserve, Tealogy, Cars International, Yamaguchi, Ibrow house, Boozeat, Aerotel dan BSG Property.

Huawei juga turut menyediakan program tukar ganti telefon lama Huawei kepada siri P30, bagi memudahkan peminat Huawei memiliki telefon terbaru ini. Menerusi program Level Up, ia membolehkan pengguna Huawei menerima diskaun dengan memberikan telefon lama Huawei mereka untuk membeli siri P30 yang baru.

Cara menukar tebus adalah mudah. Hanya bawa telefon Huawei yang masih berfungsi ke Stor Huawei Experience berdekatan dan berikan kepada pekerja bertugas untuk disemak keadaan telefon tersebut. Jika ia memenuhi semua syarat, maka anda boleh membeli Huawei P30 baru dengan harga diskaun.

Senarai model telefon Huawei yang diterima dengan harga diskaunnya adalah seperti berikut:

MODELNilai Tukar Tebus

MATE 9

RM500

MATE 9 PRO

RM650

MATE 10

RM900

MATE 10 PRO

RM1,100

MATE 20

RM1,500

MATE 20 PRO

RM2,200

P9 64GB

RM500

P9 PLUS 64GB

RM550

P10

RM600

P10 PLUS

RM650

P20

RM1,050

P20 PRO

RM1,250

NOVA 2 PLUS

RM300

NOVA 2i

RM200

NOVA 3

RM650

 NOVA 3i

RM400

Tunggu apa lagi, segera ke Stor Huawei Experience berhampiran untuk mendapatkan siri P30 yang baru ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman Trade-In Huawei P30.

Jangan lupa, Huawei turut menawarkan jaminan tambahan sebanyak 6-bulan, menjadikan jumlah jaminan kepada 18-bulan. Tetapi ia perlu diaktifkan menerusi aplikasi HiCare sebelum 5 Mei 2019.

Dipetik daripada Soya Cincau

Artikel Berkenaan...
OnePlus Mengumumkan Tarikh Pelancaran OnePlus 7 Pada 14 Mei Ini

OnePlus baru-baru ini mengumumkan tarikh rasmi pelancaran peranti terbaru mereka siri OnePlus 7 yang bakal Baca lagi

Google Mungkin Perkenalkan Peranti Pixel 3a dan Pixel 3a XL Seawal Mei Ini

“Something big is coming to the Pixel universe”, slogan yang dikongsikan oleh Google memberi petunjuk Baca lagi

Samsung Galaxy Fold Dilaporkan Mengalami Masalah Skrin

Samsung Galaxy Fold baru saja dijual secara Pra-tempahan dengan tanda harga $1,980 di Amerika Syarikat Baca lagi

Langgan berita kami

7 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap