Nokia X71 ada skrin berlubang dan tiga kamera belakang

Bacaan : 2 minit

Nokia kini menyertai gerakan peranti dengan skrin berlubang apabila memperkenalkan Nokia X71. Ia baru dilancarkan di Taiwan, dengan skrin berlubang yang sama seperti Honor View 20 dan Huawei Nova 4.

Walaupun Galaxy S10 juga menggunakan skrin berlubang, ia berbeza kerana lubang di Galaxy S10 terletak di sebelah kanan manakala di Nokia X71, lubangnya di sebelah kiri. Skrin ini sebesar 6.39-inci dengan resolusi HD Penuh+.

Kuasa pemproses di dalamnya menggunakan cip Snapdragon 660, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB untuk storan tambahan.

Rupa Nokia X71 kelihatan premium, menggunakan dua kaca melengkung 2.5D untuk mengapit bingkai besi. Ia bertambah menarik apabila butang kuasa di tepi, memiliki cahaya kerana berfungsi sebagai notifikasi menggantikan LED.

Kamera di belakang Nokia X71 gabungan tiga lensa iaitu lensa utama 48MP F1.8, lensa ultra lebar 8MP dan lensa pengesan kedalaman 5MP. Di hadapan pula, ia dipasang kamera 16MP F2.0.

Untuk tenaga, ia disimpan di dalam bateri 3,500mAh dan dicas melalui sambungan USB-C. Ia datang bersama pengecas pantas 18W.

Peranti ini masih menggunakan pengimbas capjari fizikal yang terletak di belakang. Ia juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm.

Seperti biasa, Nokia X71 menjalankan sistem operasi Android asli di bawah program Android One. Ini menjanjikan kemaskini keselamatan dan sistem operasi terkini dan berkala.

Telefon pintar Nokia X71 akan mula dijual di Taiwan pada 30 April dengan harga TWD11,900 (~RM1,576). Buat masa ini, belum ada pengesahan ia akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat.

Sumber: PhoneArena

Dipetik daripada Soya Cincau

Artikel Berkenaan...
Shortcuts : Buka Chat WhatsApp Tanpa Simpan No Dalam iPhone

Ini skrip untuk anda guna dan buka nombor yang tidak ada di dalam dalam fon Baca lagi

Terima kasih Sir Jony Ive

Jony Ive nama yang tidak asing lagi dalam Apple Inc akan meninggalkan Apple setelah lebih Baca lagi

Samsung Galaxy Note 10 mungkin tiada bicu audio lagi

Sebelum ini kita telah diperlihatkan dengan pelbagai ura-ura tentang siri Galaxy yang terbaru iaitu Samsung Baca lagi

Langgan berita kami

15 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap