Majoriti pewarna gincu bibir diperbuat daripada serangga Cochineal

Wanita kebanyakannya adalah peminat utama kepada gincu bibir. Tapi berapa ramaikah antara kita yang mengkaji dahulu bahan yang diguna pakai dalam penghasilan gincu bibir? Tahu kah anda gincu yang anda sapukan itu diperbuat daripada cochineal atau erti kata lainnya ialah daripada serangga!

Cochineal

Cochineal merupakan serangga hidup dalam genus Opuntia (kaktus). Cochineal juga dijadikan sebagai bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil. Serangga ini direbus bagi menghasilkan warna merah perang atau dikeringkan kemudian dihancurkan bagi menghasilkan pewarna tiruan makanan.

Kaji senarai kandungan pada label produk

Untuk mengetahui sama ada pemerah bibir anda mempunyai kandungan Cochineal mahupun tidak. Berikut merupakan senarai nama lain bagi Cochineal.

  1. Carmine
  2. Carmine (Coccus Cactil)
  3. Carmine 5297
  4. Carmine Ultra-Fine
  5. Carminic Acid
  6. Carminic Acid Lake
  7. Cochineal
  8. Cochineal Extract
  9. Natural Red 4
  10. B Rose Liquid
  11. Natural Dyes
  12. Natural Pigments
  13. Crimson Lake
  14. Natural Red 4
  15. C.I. 75470 atau E120

Jadi halalkah produk yang berasaskan ekstrak Cochineal ini?

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Cochineal adalah serangga yang mana darahnya tidak mengalir. Di dalam fiqh, serangga jenis sebegini adalah suci. Oleh itu pewarna yang diambil dari Cochineal ini adalah suci.

Muzakarah juga berpandangan bahawa cochineal tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan boleh dimanfaatkan oleh manusia dan memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan bahan gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia selagi mana tidak mendatangan kemudaratan. (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Wallahu a’lam.

10 Shares
Share via