Blackpink hangatkan pelancaran Samsung Galaxy A80

Bacaan : 2 minit

Samsung hari ini melancarkan telefon pintar Galaxy A80, satu lagi model baru dalam keluarga Galaxy A. Ia adalah model terbaik dalam keluarganya dengan beberapa ciri baru yang tidak terdapat pada adik beradiknya yang lain.

Keunikan Galaxy A80 ialah di kameranya, yang tidak boleh dipanggil kamera belakang atau kamera hadapan. Ini kerana modul kamera ini boleh diputarkan untuk mengambil gambar seperti biasa di belakang, atau swafoto di hadapan.

Sebelum boleh diputarkan ke hadapan, kamera ini perlu digelungsurkan ke atas terlebih dahulu. Kemudian barulah boleh diputarkan untuk menangkap gambar swafoto. Modul kamera ini mempunyai ciri keselamatan di mana ia akan berputar sendiri ke belakang, apabila ia digelungsur semula untuk disimpan.

Modul kamera ini menempatkan tiga kamera iaitu kamera utama 48MP F2.0, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 3D. Untuk kamera hadapan, ia adalah kamera yang sama. Hanya gelungsur dan putar ke hadapan.

Untuk kuasa, ia menggunakan pemproses baru Snapdragon 730G menjadikannya peranti pertama dengan cip ini. RAM sebanyak 8GB dipasang bersama storan dalaman 128GB.

Skrin tanpa bingkai dan takuk di Galaxy A80 berukuran 6.7-inci, sama besar dengan Galaxy A70. Ia menggunakan paparan Super AMOLED, bukannya Dynamic AMOLED seperti Galaxy S10. Pengimbas capjari di dalam skrin digunakan untuk peranti ini.

Walaupun skrin yang besar, baterinya hanyalah 3,700mAh. Tetapi ia dilengkapi pengecas pantas yang baru, berkuasa 25W. Ia adalah yang pertama dalam peranti Samsung, bersama Galaxy A70 yang diumumkan bulan lepas.

Sebagai telefon gelungsur, beberapa perkara terpaksa dikorbankan untuk memaksimakan saiz skrin. Galaxy A80 tidak menerima kad mikroSD, tidak kalis air dan tiada jek audio 3.5mm.

Galaxy A80 akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu Putih, Emas dan Hitam. Ia akan mula berada di pasaran pada 29 Mei 2019 tetapi tidak dinyatakan negara yang terlibat. Boleh dijangka Malaysia akan menjadi antara negara terawal menjualnya.

Dengan pelancaran Galaxy A80 hari ini, ia melengkapkan barisan siri A iaitu Galaxy A10, A20, A30, A40, A50 dan A70. Ketiadaan Galaxy A60 masih tidak dimaklumkan. Mungkin ia masih dalam proses untuk dihasilkan dan akan dilancarkan tidak lama lagi, bersama Galaxy A90?

Dipetik daripada Soya Cincau

Artikel Berkenaan...
Samsung Galaxy Note 10 mungkin tiada bicu audio lagi

Sebelum ini kita telah diperlihatkan dengan pelbagai ura-ura tentang siri Galaxy yang terbaru iaitu Samsung Baca lagi

Samsung Galaxy Fold Dilaporkan Mengalami Masalah Skrin

Samsung Galaxy Fold baru saja dijual secara Pra-tempahan dengan tanda harga $1,980 di Amerika Syarikat Baca lagi

Kemerosotan Jualan iPhone Jejaskan Keuntungan Samsung

Januari yang lalu, Apple mengeluarkan kenyataan mengejut yang mereka terpaksa menyemak semula unjuran keuntungan suku Baca lagi

Langgan berita kami

4 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap