Menipu dengan tenang daripada rumah

Pelbagai cara dan teknik sekarang digunakan oleh penipu untuk menipu. Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang penipu ni makin mudah untuk menjalankan aktiviti mereka.

Satu kejadian dikongsikan oleh Fitri Zam di Facebook beliau yang hampir ditipu oleh penipu ini.

Penipu ini akan ikuti Facebook anda dan tengok sahabat-sahabat rapat kita. Setelah penipu membuat intipan awal, mereka akan mesej anda dan menyamar menjadi kenalan anda. Pelbagai alasan dicipta dan akan cuba minta sedikit wang yang tak berapa banyak jumlahnya.

Harap anda lebih berhati-hati dengan nombor yang tidak dikenali yang mesej atau membuat panggilan kepada nombor anda.

Sumber Facebook Fitri Zam

55 Shares
Share via