Elegan, bergaya dan mudah di bawa kemana-mana, ciri-ciri yang terdapat pada beg jenama Victoria Sloane milik Rita Sosilawati.

Rita Sosilawati atau nama sebenar beliau Erni Dekritawati Yuliana Buhari ialah anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya merupakan satu nama yang tak asing dalam bidang perniagaan kosmetik dan produk penjagaan kulit (Nouvelles Visages).

Semalam, satu pelancaran ke-3 beg berjenama Victoria Sloane telah di adakan bertempat di The Majapahit, Marc Residence Kuala Lumpur. Dimana kali ini Victoria Sloane kembali dengan 5 reka bentuk yang lebih mewah dan ‘trendy’. Antara koleksi-koleksi beg Spring/Summer daripada Victoria Sloane kali ini ialah Victoria Sloane Abbey Bag, Victoria Sloane Holborn bag, Victoria Sloane Warwick bag, Victoria Sloane Kew bag dan Victoria Sloane Essex bag.

Selain daripada reka bentuk beg yang menarik, apa yang menjadi bualan orang ialah harga beg itu sendiri. Bermula serendah daripada RM 169 – RM 199, anda sudah boleh memiliki koleksi terbaru beg Victoria Sloane. Satu harga yang mampu milik.

Tapi ianya tidak berakhir disitu, bersempena pelancaran terbaru koleksi Victoria Sloane, pembeli diberikan potongan 10% peratus bagi setiap pembelian atas talian melalui Shopee dengan menggunakan Baucar kod “VSLONE”. Baucar ini sah sehingga tamat April 2019 SAHAJA.

Latar belakang Victoria Sloane

Victoria Sloane kini sudah menjangkau lebih tiga tahun dalam industri fesyen tanah air. Bermula dengan koleksi tahun pertamanya yang dilancarkan di FashionValet (2016), kemudiannya di Pure London, United Kingdom (2017) dan kini buat tahun ketiga nya di The Majapahit, Marc Residence, masing-masing mengetengahkan koleksi yang berbeza-beza mengikut peredaran fesyen.

“Nama Victoria Sloane ini sendiri datangnya daripada nama panggilan saya ketika saya menuntut di Universiti di United Kingdom”


Menurut Rita

Tambah beliau nama-nama beg ini juga diambil daripada tempat beliau belajar ketika di United Kingdom.

Perbezaan dalam perniagaan kosmetik dan beg tangan jika dibandingkan perniagaannya dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik dengan perniagaan beg tangan, beliau memberitahu bahawa kedua-duanya mempunyai cabaran yang tersendiri.

Menurut beliau,

“Kalau kosmetik, ia lebih kepada penghasilan formula dalam sesuatu produk yang berjangka masa panjang. Namun ianya berbeza dalam bidang fesyen”

“Bidang fesyen lebih mencabar kerana perlu memenuhi permintaan pembeli yang sentiasa mahukan sesuatu yang baru”

Buat Rita sendiri, beliau berminat di dalam kedua-duanya selagi mana ia berkait dengan bidang seni yang dituntutnya suatu ketika dahulu di universiti.

Oleh sebab itu, tiada alasan untuk anda melenggahkan diri daripada mendapatkan koleksi terbaru Victoria Sloane. Beg tangan yang sesuai buat semua peringkat umur dan yang paling penting, dapatkan beg Victoria Slone sebagai beg raya anda dengan harga kurang daripada RM200 sahaja.

14 Shares
Share via