Samsung Galaxy Fold Dilaporkan Mengalami Masalah Skrin

Samsung Galaxy Fold baru saja dijual secara Pra-tempahan dengan tanda harga $1,980 di Amerika Syarikat (AS). Dan sebelum ia sampai kepada pembeli, beberapa pengulas gajet sudahpun mendapat unit ini untuk diulas melalui portal mahupun video.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh pihak The Verge, jika anda perhatikan pada gambar kelihatan garisan hijau dan titik kecil tepat pada lipatan. Garisan itu juga dikatakan dapat dirasai oleh jari. Seperti ada bonjolan yang terjadi kerana lipatan.

Belum lagi sampai kepada pembeli, sudah mempunyai masalah pada skrin. Kebanyakan unit yang mengalami masalah ini bukan saja The Verge, malah beberapa pengulas gajet lain juga mengalami masalah yang hampir sama. Malah ada yang lebih teruk sehingga tiada paparan di skrin.

Buat masa ini tiada kenyataan rasmi oleh Samsung berhubung isu ini.

Sumber TheSkop

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap