Ketahui cara mudah berniaga atas talian dengan Shopee.

Shopee merupakan salah satu rangkaian jualan atas talian yang membolehkan pengguna membeli mahupun menjual barang tidak kira di mana sahaja anda berada.

Shopee juga bukanlah suatu nama yang baru. Sejak dari tahun 2015 sehingga sekarang, Shopee sudah mempunyai lebih 600 pekerja dibawahnya. Syarikat yang berasal daripada Singapura ini juga mempunyai cawangan pejabat yang bertempat di Midvalley Megamall,Kuala Lumpur.

Sepantas 30 saat sahaja, anda sudah boleh menjual?

Ya! Ianya terlalu mudah untuk anda menjual barang atas talian. Ikuti langkah-langkah mendaftar seperti yang berikut:

  • Muat turun aplikasi Shopee
  • Mula mendaftar dan;
  • Muat naik gambar produk

Mudah bukan? Kini pembeli boleh mula menjadi penjual tanpa sebarang pendaftaran yang merumitkan.

Perkhidmatan dari Shopee

Setelah selesai mendaftar, setiap akaun akan dijaga oleh Pengurus Akaun. Yang mana skop kerjanya terdiri daripada memberi nasihat kepada penjual akan cara bagi meningkatkan jualan, memantau jualan sesuatu produk dan mengajar anda cara yang betul untuk memuat naik gambar produk bagi tujuan perniagaan.

Kesemua ini penting dalam meningkatkan bilangan jualan. Anda tidak mahu mengalami kerugian disebabkan kecuaian dalam pengendalian sistem penjualan.

Perlukah bayaran di buat pada setiap perkhidmatan yang diperoleh daripada Shopee?

Kesemua perkidmatan yang diberikan adalah PERCUMA. Penjual tidak perlu membayar apa-apa bayaran pada servis yang diberikan.

Shopee hanya mengenakan cas minimal sebanyak 1% peratus pada setiap transaksi bank. Hanya 1% peratus untuk kesemua khidmat nasihat dan garis panduan yang telah diberikan oleh pihak Shopee? Ianya sangat berbaloi. Jadi tidak hairan lah jika ramai artis turut bekerjasama dengan Shopee.

Selain daripada itu Shopee juga dikatakan akan sendiri turun padang memberi sokongan pada setiap majlis pelancaran yang berlangsung.

Menurut Aqila (Assistant Manager, Business Development Shopee),

“Kami tidak mahu Shopee dilihat di atas talian semata-mata, tetapi kami mahukan orang melihat Shopee di luar, dimana kami bergaul, berinteraksi dengan orang sekeliling dan begitu juga sebaliknya”.

“Kami merupakan satu ‘Support Team’ dalam menjayakan sesuatu majlis tersebut”.

Penghantaran percuma

Kalau anda perasan, Shopee menawarkan penghantaran percuma (Free Shipping) buat pembelian atas RM 40. Satu jumlah yang sedikit tapi anda sudah boleh menikmati tawaran penghantaran secara percuma. Ini kerana, Pos laju dan Shopee telah lama bekerjasama dan harga mereka tersangatlah murah bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. Tawaran yang amat menguntungkan buat penjual mahupun pembeli di Shopee.

Oleh itu, sila muat turun aplikasi Shopee sekarang.

0 Shares
Share via