Mari kenali prosesor komputer anda

Umum perkara ini ramai tak tahu jika mereka membeli komputer riba atau komputer. Kebanyakan komputer yang dijual pada tahun 2019 datang dengan prosesor berkeupayaan 64 bit atau dalam kodnya X64. Manakala komputer sebelum ini datang hanya keupayaan 32 bit atau dalam kodnya X86.

Komputer X64 secara relatifnya lebih berkeupayaan daripada X86 kerana ia mampu memproses lebih banyak data pada masa yang sama. Ia mampu menyimpan “computanional value” sebanyak 4 billion lebih daripada prosesor X86.

Komputer pertama dengan keupayaan “hardware” dan “software” X64 yang sebenar ialah Mac OS X Snow Leopard pada sekitar tahun 2009. Manakala, fon pertama di dunia dengan X64 ialah iPhone 5S dengan cip Apple A7 yang dilancarkan pada tahun 2013.

Selari dengan peningkatan keupayaan prosesor begitu juga RAM (Random Access Memory). RAM ialah storan sementara yang digunakan oleh sistem operasi untuk menyimpan data secara sementara dan kebanyakan data yang disimpan di dalam RAM bersifat kritikal.

Aplikasi dan permainan video yang memerlukan keupayaan pemprosesan yang tinggi. Seharusnya jika anda bercadang untuk membeli komputer atau komputer riba yang baru minimum yang disarankan ialah RAM sebesar 8GB. Dengan kapasiti RAM yang cukup bakal lebih melancarkan sistem operasi anda dalam melakukan kerja seharian.

Cara Semak Spesifikasi Komputer Anda

1. Untuk pengguna Windows tekan butang Windows + R dan masukkan arahan “cmd”.

Windows Run
Windows Run

2. Type command systeminfo di dalam cmd dan beberapa info tentang komputer anda akan keluar yang anda boleh teliti.

Info sistem komputer yang menggunakan Microsoft Windows
0 Shares
Share via