BeauTYRA Lip Dessert, lipmatte dengan bauan pencuci mulut yang lazat.

Buat mereka yang mengikuti produk-produk keluaran BeauTYRA, pastikan anda set masa dan hari anda pada 26 April ini jam 8.30 malam untuk mendapatkan koleksi terbaru BeauTYRA Lip Dessert. Anda tidak mahu menangis disebabkan lambat membuat belian sehingga produk kehabisan stok.

Pada 24 April 2019, bertempat di The Ame Souer Restaurant, Bukit Jalil, BeauTYRA memperkenalkan koleksi terbarunya iaitu BeauTYRA Lip Dessert dengan pilihan 3 rona warna yang sesuai buat semua jenis kulit wanita Asia. Antaranya ialah ‘Chocolate Fudge’, ‘Salted Caramel’ dan ‘Strawberry Cheesecake’.

Selain hadir dalam reka bentuk ‘lipmatte’ yang unik dan mudah di bawa kemana-mana, ‘Lipmatte’ ini juga mempunyai bau lazat pencuci mulut yang sepadan dengan nama yang diberikan. Jadi, tidak mustahil jika bau ‘lipmatte’ ini akan membuatkan anda berasa lapar setiap kali anda memakainya.

Athirah Kamaruzzaman
Athirah Kamaruzzaman

Menurut Athirah Kamaruzzaman, 20 atau lebih dikenali dengan panggilan Tyra (tee-ra) yang merupakan pengasas BeauTYRA, memang menjadi pilihan utama buat beliau untuk mengeluarkan produk ‘lipmatte’ kerana beliau amat meminati pemerah bibir.

Namun, disebabkan bilangan syarikat kosmetik yang ‘bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan’, menjadikan ‘lipmatte’ sebagai produk pertama mereka, beliau memilih untuk menonjolkan kelainan dengan menjadikan ‘blusher’ (pemerah pipi) sebagai produk pertama keluaran BeauTYRA.

Hasilnya, ‘blusher’ BeauTYRA Born to Blush memecah rekod jualan tertinggi di Shopee dengan 6,000 unit terjual dalam masa 3 minit sahaja!

Tiada yang mustahil jika kita percaya dan kejar apa yang kita impikan.

Itulah ungkapan semangat yang diberikan oleh Tyra Kamaruzzaman buat mereka yang hadir. Beliau juga memberi jaminan, dimana ada BeauTYRA, disitu pasti ada sesuatu yang menarik menanti anda.

BeauTYRA Lip Dessert akan mula dijual di Shopee, Beautyra.os mulai 26 April 2019 (Jumaat) jam 8.30 malam ini. Pastikan anda tidak melepaskan peluang mendapatkan BeauTYRA Lip Dessert ini.

Jangan lupa untuk #BTlipdessert

0 Shares
Share via