OnePlus Mengumumkan Tarikh Pelancaran OnePlus 7 Pada 14 Mei Ini

OnePlus baru-baru ini mengumumkan tarikh rasmi pelancaran peranti terbaru mereka siri OnePlus 7 yang bakal dilancarkan pada 14 Mei 2019 nanti.

OnePlus terkenal dikalangan peminatnya dengan kualiti binaan dan prestasi bagi setiap model keluaran mereka. Sebelum ini OnePlus menggunakan slogan Unlock The Speed bagi model OnePlus 6T. Namum kali ini bagi peranti OnePlus 7 mereka menggunakan slogan terbaru iaitu GoBeyond Speed.

OnePlus 7 mengikut gosip di internet, mungkin tanda harga bagi OnePlus selepas ini akan naik setaraf dengan peranti Samsung Galaxy S10. Harapan kami jika ianya benar, harap pihak Carl Pei dapat memberi fon yang lebih mengagumkan dengan tanda baru ini. Jika benar, mungkin ianya juga akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada peminat mereka yang sedia ada kini.

Sumber NDTV & TheSkop

0 Shares
Share via