Koleksi Baju Raya, Creaćion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2019 bakal menggamit nostalgia Aidilfitri

Creaćion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2019 kali ini menampilkan 43 rekaan yang berkonsepkan “Art Decorative” sempena Raya 2019. Konsep yang di inspirasi dari Paris sejak tahun 1920-an ini membawa maksud (Art) ‘Kesenian’ dan (Decorative) ‘Hiasan Perhiasan’.

Majlis pertunjukkan fesyen bagi koleksi terbaru Raya Creaćion & Simplysiti yang bertempat di Malaysian Petroleum Club,KLCC pada 29 April 2019 ini diadakan secara tertutup. Ianya dihadiri oleh teman rapat Dato’ Sri Siti Nurhaliza, rakan media cetak dan elektronik, rakan artis serta beberapa ‘personal shopper’ yang terpilih sahaja. Sekali gus, sesuai dengan konsep yang di ketengahkan pihak Creaćion & Simplysiti sendiri iaitu “Exclusive and Classic”.

Menurut Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin sendiri, koleksi raya 2019 ini sangat menitikberatkan material kain yang lebih selesa dan sejuk, sesuai dengan cuaca Malaysia sekarang. Ciri-ciri setiap baju yang diperagakan kali ini bercorak ‘geometri’, ‘simetri’, corak ‘floral’ dan corak ‘plain’ dengan potongan kain beralun.

Kesemua rekaan koleksi ini didatangkan dengan 3 hingga ke 4 pilihan warna yang berbeza serta saiz baju bermula daripada XS sehingga XXXL.

Selain daripada itu, buat julung kalinya Creaćion juga memperkenalkan satu rekaan terbaru buat ibu dan anak, iaitu Sara Kurung dan Sofia Kurung. Koleksi sedondon buat si cilik yang turut terdapat dalam 3 pilihan warna yang berbeza bermula dari umur 1 tahun hingga ke 9 tahun.

Aidilfitri adalah saat mencipta memori indah yang berkekalan. Beliau berharap nostalgia indah dan kenangan Aidilfitri dapat dikembalikan dengan rekaan-rekaan tersebut.

Oleh itu, dapatkan Koleksi Raya Creaćion & Simplysiti by Siti Nurhaliza di butik-butik Creaćion berhampiran anda sekarang pada harga yang berpatutan.

0 Shares
Share via