Jaminan barang berkualiti adalah hak mutlak buat pembeli

Pernahkah anda membeli barangan secara atas talian (online)? Pernahkah anda mendapat barang yang dibeli atas talian dan kualitinya tidak seperti yang digambarkan?

Jika anda menjawab Ya kepada pertanyaan di atas, informasi ini mungkin berguna buat anda.

Tahukah anda

Di bawah Seksyen 32 Akta Perlindungan Pengguna 1999, memperuntukkan bahawa barang yang dibekalkan kepada pengguna hendaklah mempunyai gerenti tersirat (implied warranty) bahawa barang itu daripada kualiti boleh terima.

Secara ringkas ia memberi maksud bahawa Pembekal, Pembuat dan Pengedar perlu memastikan setiap barangan yang dijual bebas daripada sebarang kecacatan dan dapat digunakan pada suatu jangka masa yang munasabah.

Pengguna juga secara automatik nya mempunyai hak bagi jaminan (implied warranty) atas barangan yang dibeli walaupun ianya tidak bertulis.

Oleh itu dibawah Seksyen 41 dan Seksyen 42 Akta Perlindungan Pengguna 1999 memperuntukkan pengguna mempunyai hak tebus rugi terhadap pembekal di bawah akta ini dan pembekal hendaklah mematuhi gerenti dengan;

  • membaiki barang, jika kegagalan itu tidak berkaitan dengan hakmilik;
  • memulihkan apa-apa kecacatan hakmilik, jika kegagalan itu berkaitan dengan hakmilik;
  • menggantikan barang itu dengan barang yang serupa jenisnya; atau
  • memberikan bayaran balik apa-apa wang yang telah dibayar atau balasan lain jika pembekal tidak dapat dengan munasabahnya membaiki atau menggantikan barang itu atau memulihkan apa-apa kecacatan hakmilik.

Selain daripada itu, berikut merupakan senarai Agensi-Agensi yang terlibat dalam menerima aduan Pengguna yang telah ditipu oleh Peniaga dalam talian. Namun, bagi melancarkan proses aduan, sila pastikan anda mempunyai bukti pembelian semasa membuat tuntutan dan aduan tersebut.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
03-78769000
[email protected]

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan
1-800-886-800

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
+60 3-7875 6370

Sumber comparehero.my

0 Shares
Share via