Mydin anjur Kempen Mydin Prihatin ‘Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan’.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang hampir tiba, Mydin Holding Berhad (Mydin) mengambil kesempatan dalam membantu anak-anak yatim dan golongan Asnaf dengan Kempen ‘Girang Syawal Tiba 2019’ serta Tabung Mydin Prihatin, ‘Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan’.

Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, bagi menjayakan Kempen tersebut, Mydin mewujudkan Tabung Mydin Prihatin dalam usahanya mengutip dana bagi disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang terlibat. Mydin mensasarkan kutipan dana sebanyak RM 200,000.00 dan bakal mengagihkan dana tersebut kepada 14 rumah kebajikan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.

Selain daripada itu, turut bekerjasama dengan Mydin adalah 11 rakan pembekal antaranya terdiri daripada Antabax, Shopee, Mamee dan banyak lagi dalam menjayakan program sosial korporat ini. Dengan kerjasama ini, setiap 10 sen sehingga 50 sen daripada harga jualan barangan tertentu bagi jenama terbabit akan disalurkan kepada tabung Mydin Prihatin.

Turut sama hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Hannah Yeoh. Menurut beliau, dalam menyalurkan bantuan, beliau menggesa agar bantuan disalurkan melalui badan-badan kebajikan yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hal ini bagi mengelakkan pembaziran makanan selain turut membanteras sindiket yang meminta derma dengan mengeksploitasi kanak-kanak serta menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam memeriahkan lagi Kempen Mydin Girang Syawal 2019, Mydin turut memperkenalkan koleksi baju raya ‘Mikhail’ dan ‘Mikayla’. Rekaan baju raya sedondon dengan harga yang amat berpatutan ini sesuai buat seisi keluarga di pagi Syawal.

Mydin juga turut memberikan pelbagai promosi menarik bersempena menyambut Ramadhan.

Bazar Ramadhan Mydin, yang akan beroperasi sempena Ramadhan ini bakal menyajikan 150 jenis juadah berbuka puasa buat para pengunjung. Antara menu baru buat tahun ini ialah Ikan Bakar Ala Portugis, Ayam Bakar, Nasi Beriyani, Rendang Ayam dan banyak lagi.

Pembaharuan ini memudahkan pelanggan membeli-belah di dalam satu gedung tanpa perlu bimbang mencari tempat untuk berbuka puasa. Jadi apa lagi, ingat Raya ingat Mydin!

Kredit gambar: Facebook Mydin Malaysia

0 Shares
Share via