Ren Zhengfei individu disebalik Huawei

Mungkin ramai yang mengenali Huawei Technologies Co. sebagai sebuah syarikat yang menjual peranti fon dan juga komputer riba. Ini serba sedikit maklumat tentang syarikat ini.

Huawei ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Ren Zhengfei. Beliau merupakan bekas pegawai People’s Liberation Army di China. Pada awalnya mereka hanya membuat ‘phone switches’ dan kemudian perlahan-lahan berkembang memasuki industri telekomunikasi.

Di dalam bidang telekomunikasi mereka mampu membina jaringan telekomunikasi, memberi khidmat runding dan juga menyediakan perkakasan untuk membentuk satu jaringan komunikasi. Mereka juga antara salah satu syarikat yang menyediakan perisian bagi pihak telekomunikasi seperti sistem pra-bayar dan juga pasca bayar.

Mereka juga banyak membuat modem. Jika anda pulang ke rumah bagi yang menggunakan Unifi, Maxis broadband dan pelbagai perkhidmatan jalur lebar besar kemungkinan modem yang berada di rumah anda dibina oleh pihak Huawei.

Sehingga ke hari ini Huawei telah berjaya membekalkan khidmat mereka lebih daripada 170 negara di dunia dan sehingga 2011 mereka telah berjaya memberi khidmat nasihat kepada 45 syarikat telekomunikasi terkemuka dunia. Malaysia juga salah sebuah negara Huawei telah memberi khidmat nasihat mereka.

Ren Zhengfei merupakan tulang belakang kepada Huawei sehingga ke hari ini. Sebelum memulakan Huawei, beliau bekerja di dalam ketenteraan. Sikap dan cara beliau mengendalikan Huawei persis seperti sebuah kumpulan ketenteraan dek kerana pengalaman kerja beliau yang lepas.

Beliau sudah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama beliau Meng Jun, adalah anak kepada Meng Dongboo, mantan penolong gabenor di daerah Sichuan. Selepas mereka bercerai beliau mengahwini Yao Ling dan selepas itu beliau sekali lagi bercerai dan berkahwin dengan Su Wei bekas setiausaha beliau sendiri.

Tidak banyak yang diketahui tentang Ren kerana beliau tidak banyak menonjoikan diri di dalam arus media. Cuma sejak kemelut yang melanda Huawei ketika ini, baru kelibat beliau nampak di arus media perdana.

Apa-apa pon mari kita lihat bagaimana Ren memberi tindak balas dalam krisis yang kini sedang melanda Huawei.

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap