Peranti OnePlus 7 Pro di Malaysia

Pihak OnePlus baru sahaja melancarkan peranti mereka di seluruh dunia. Pelancaran di Malaysia juga berlaku semalam. Di Malaysia OnePlus terbaru ini diedarkan secara eksklusif oleh XianFeng Technology.

OnePlus kali ini hadir dengan dua variasi utama iaitu OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro. Kamera depan OnePlus kali ini hadir dengan mekanisme pop-out untuk kamera swafotonya. Ia menempatkan kamera depan 16MP F2.0 dengan sensor Sony IMX471. Dengan implementasi kamera seperti ini maka panel paparan peranti ini hampir penuh dan tiada lagi takuk seperti model sebelumnya.

Paparan bagi peranti ini bersaiz 6.67″ dengan menggunakan panel jenis AMOLED yang dilapisi Corning Gorilla Glass sebagai perlindungan. Paling menarik panel paparan ini menggunakan refresh-rate setinggi 90Hz dan merupakan yang tertinggi bagi jenis AMOLED yang terdapat di pasaran ketika ini.

Anda harus maklum bahawa dengan refresh-rate setinggi ini pastinya penggunaan bateri untuk sehari akan menjadi lebih tinggi. Di dalam aturan peranti ini anda boleh pilih samaada mahu menggunakan sepenuhnya 90Hz atau menurunkannya kepada 60Hz. Namun setakat ini tak banyak aplikasi yang dapat menggunakan sepenuhnya refresh-rate setinggi 90Hz ini.

OnePlus 7 Pro didatangkan dengan tiga lensa kamera. Kamera utamanya menggunakan sensor IMX586 beresolusi 48MP dengan apertur lensa F1.6. Kamera kedua pula untuk telefoto dan ia ada sensor 8MP dengan apertur F2.4. Kamera ketiga miliki sudut pandang ultra-lebar dengan sensor 16MP serta apertur F2.2.

Jika dilihat skor yang diberikan oleh DXOMark peranti ini berada dikedudukan ketiga tertinggi setakat ini. Namun jika diteliti di dalam laman DXOMark, pengujian mereka menggunakan firmware yang setakat hari ini masih belum lagi dilepaskan kepada pengguna. Daripada gambar-gambar yang tertiris di laman sesawang menggunakan peranti ini admin merasakan gambar yang dihasilkan oleh peranti ini masih tidak dapat lagi menandingi peranti lain yang berada di pasaran.

Peranti ini didatangkan dengan SoC Snapdragon 855 bersama-sama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB. Storan OnePlus 7 Pro turut perlu ditekankan kerana ia menggunakan UFS 3.0 yang pertama dalam telefon pintar. Pengalaman menggunakannya pastinya pantas.

Bagi yang tak tahu, UFS 3.0 ini kelajuan pindahan data 2x kali lebih pantas daripada UFS 2.1 yang ada sekarang ini. Setakat hari ini OnePlus 7 Pro ini ialah peranti fon pertama di dunia yang menggunakannya. Namun selepas ini admin pasti banyak lagi peranti lain yang bakal dilancarkan akan menggunakan storan UFS 3.0 ini.

OnePlus 7 Pro ini bateri yang dimasukkan sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W. Namun dengan perkara admin dah terangkan di atas tadi, walaupon baterinya sebesar 4,000mAh jika anda menggunakan paparan dengan refresh-rate 90Hz pada setiap waktu, pasti belum sampai malam anda mungkin terpaksa mengecasnya.

Harga OnePlus 7 Pro

Untuk pasaran di Malaysia, OnePlus 7 Pro akan dijual pada harga seperti berikut oleh pengedar rasmi mereka:

RAM 6GB + storan 128GB – RM2,999
RAM 8GB + storan 256GB – RM3,699
RAM 12GB + storan 256GB – RM4,199

Dengan tanda harga rasmi diatas pasti ramai peminat OnePlus akan berfikir dua kali sebelum membuat pembelian. Model kali ini yang dijual masih tidak lagi mempunyai pengesahan ketahanan air yang sah. Ianya juga masih tiada lagi pengecasan tanpa wayar berbanding peranti lain yang berada di pasaran ketika ini.

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap