WhatsApp akan mula ada iklan seawal 2020

Seawal tahun 2020 kita bakal melihat WhatsApp akan ada pengiklanan yang muncul sewaktu kita menggunakannya. Perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh Mark Zuckerberg.

Bagi yang tak tahu, WhatsApp kini dimiliki oleh pihak Facebook. WhatsApp dibeli pada Februari 2014 oleh pihak Facebook pada USD19.3 billion ketika itu. Pada waktu itu pembelian ini merupakan pembelian terbesar yang pernah dibuat oleh mana-mana syarikat. Mungkin Mark sudah nampak potensi yang bakal dihasilkan oleh WhatsApp.

Sehingga ke hari ini, WhatsApp mempunyai hampir 1.5 billion pengguna aktif. Dalam gambar di atas besar kemungkinan iklan akan muncul di bahagian ‘status’ dalam WhatsApp. Fungsi ‘status’ di dalam WhatsApp sebenarnya diinspirasikan daripada fungsi Instagram ‘story’.

Jika anda lihat, pihak WhatsApp juga telah melepaskan ke dalam iOS dan juga Android aplikasi WhatsApp Business. Ini mungkin salah satu langkah untuk pengguna yang ingin menggunakan iklan di dalam WhatsApp menyampaikan iklan mereka kelak.

Perkara yang merisaukan apabila iklan dimasukkan ke dalam WhatsApp bagaimanakah WhatsApp akan mengimplementasikannya. Mesej-mesej yang dihantar melalui WhatsApp ketika ini sudah di ‘encrypt end-to-end’. Dengan teknik ini tiada siapa yang dapat membaca mesej yang anda hantar kecuali pengirim dan penerima sahaja.

Apa-apa pon mari kita lihat bagaimana perkara ini akan dibuat oleh Mark Zuckerberg.

0 Shares
Share via