MacOS Catalina Bakal Dilepaskan

MacOS Catalina bakal dilepaskan dalam pertengah September 2019 ini. Ini antara beberapa peranti Mac yang bakal mendapat naik taraf MacOS yang terbaru ini.

  • 12 inch Macbook
  • MacBook Air 2012 keatas
  • MacBook Pro 2012 keatas
  • Mac Mini 2012 keatas
  • iMac 2012 keatas
  • iMac Pro
  • Mac Pro 2013 keatas
iTunes pada tahun 2001

Antara fungsi baru yang diperkenalkan ialah seperti aplikasi Music, TV dan Podcast bagi menggantikan iTunes yang bakal dibuang kelak. iTunes mula diperkenalkan sejak tahun 2001 dan kini sudah hampir berusia 18 tahun.

Apple juga bakal memperkenalkan Screen Time ke dalam MacOS dan fungsi ini sudah hampir setahun berada di dalam iOS.

Apple juga memperkenalkan fungsi SideCar dimana bagi individu yang mempunyai iPad dapat menggunakannya sebagai paparan kedua bersama dengan Mac anda. Fungsi ini sebenarnya sebelum ini ada ditawarkan oleh aplikasi Duet ( https://www.duetdisplay.com/ ) dan kini fungsi ini sudah terbina ke dalam MacOS.

0 Shares
Share via