Samsung Galaxy Note 10 mungkin tiada bicu audio lagi

Sebelum ini kita telah diperlihatkan dengan pelbagai ura-ura tentang siri Galaxy yang terbaru iaitu Samsung Galaxy Note 10. Terdapat beberapa ura-ura mengatakan bahawa siri Galaxy Note kali ini Samsung akan perkenalkan 2 variasi Note 10 biasa dan Note 10 Pro.

Sebelum ini kita dapat lihat rekaan Galaxy Note 10 yang tertiris dengan rekaan skrin yang mempunyai lubang kamera di bahagian atas tengah dan kedudukan kamera belakang yang diletakkan pada bahagian atas kiri, berbeza dengan siri Galaxy Note dan Galaxy S yang pernah diperkenalkan Samsung sebelum ini.

Menerusi perkongsian dari pemilik Twitter Sudhanshu Ambhore, terdapat gambar kerangka pelindung yang dikatakan adalah untuk Samsung Galaxy Note 10 Pro. Pada bahagian belakang dapat lihat lubang untuk kamera utama. Pada bahagian bawah, lubang untuk fungsi S-Pen, pembesar suara, pengecasan dan mikrofon.

Untuk bahagian atas tidak pasti ia berfungsi untuk apa. Ia mungkin fungsi pemancar infra merah dan satu lagi mungkin juga adalah fungsi sensor jika mengikut perkongsian dari SlashLeaks pada laporan yang lepas. Rekaan kerangka pelindung yang dikongsikan hampir sama dengan apa yang dikongsikan oleh SlashLeaks.

Rekaan Samsung Galaxy Note 10 yang dikongsikan ini boleh jadi tepat memandangkan kerangkan pelindung sudahpun mula dibentuk.

Ia mungkin sedikit mengecewakan kerana Samsung membuang bicu audio buat siri Galaxy Note 10, namun ini adalah hakikat yang harus diterima. Kerana ia mungkin adalah faktor ruang yang dimuatkan didalam peranti adalah sangat terhad. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap