Jangan terpedaya dengan RAM tinggi dalam fon

“Keciknya RAM iPhone. Android sekarang minimum 8GB”

Kerap kita lihat lewat ini pengeluar peranti fon mengiklankan peranti mereka dengan RAM yang tinggi. Sedikit sebanyak ia memberi impresi bahawa peranti mereka lebih bagus daripada peranti pengeluar lain.

Modul DRAM

Ini penjelasan mudah untuk memberi pemahaman. RAM (Random Access Memory) digunakan untuk menyimpan secara sementara data pemprosesan yang dianggap penting oleh sistem operasi supaya dapat cepat diakses.

Apple menggunakan moto “Less is more” dalam setiap pembinaan peranti dan perisian mereka. Jadi tidak hairan sehingga hari ini dalam peranti fon mahu pon komputer riba mereka masih menggunakan RAM yang rendah dan masih boleh beroperasi dengan baik.

Mempunyai RAM yang tinggi atau rendah tidak semestinya menunjukkan peranti itu bagus atau sebaliknya.

Daripada segi perspektif perniagaan, menggunakan RAM yang tinggi sedikit sebanyak akan meningkatkan kos pengeluaran sesuatu peranti. Jika dilihat pada waktu sekarang harga pasaran RAM di dunia setakat ini berlaku peningkatan sedikit. Dan disebabkan faktor ini harga melambung.

Sumber daripada GamersNexus

Kelebihan ini digunakan sebaiknya oleh Apple Inc dengan kos sesebuah peranti yang rendah dan melipatgandakan lagi untung mereka. Namun kos untuk memoptimasikan sistem operasi juga sesuatu kos yang jangan anda lupa.

Harap anda semua cakna tentang soal RAM. RAM yang tinggi bukan tanda aras tentang kehebatan sesuatu peranti.

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap