Shortcuts : Buka Chat WhatsApp Tanpa Simpan No Dalam iPhone

Shortcuts ialah satu aplikasi yang kini telah dimasukkan dalam iOS 13 sebagai aplikasi natif. Dengan menggunakan aplikasi ini macam-macam perkara dapat dibuat dan memudahkan penggunaan iPhone anda setiap hari.

Ini skrip untuk anda guna dan buka nombor yang tidak ada di dalam dalam fon anda dalam WhatsApp. Dengan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dengan individu yang tidak anda simpan maklumatnya adalah mustahil. WhatsApp mewajibkan anda menyimpan nombor tersebut sebelum boleh mula berhubung.

1) Muat turun skrip ini disini menggunakan Safari dan aktifkan dalam iPhone anda. Setelah diaktifkan anda boleh nampak skrip ini di dalam aplikasi Shortcuts anda. (Sila ambil maklum skrip ini dibina dan besar kemungkinan hanya sesuai untuk pengguna iPhone dengan iOS 13 dan tidak sesuai dengan iOS sebelumnya. Jika keluar notifikasi “Don’t allow untrusted shortcuts”, pergi ke Settings – Shortcuts – Allow Untrusted Shortcuts. Ini hanya harus dilakukan sekali sahaja).

2) Tekan bulatan dengan tiga dot untuk dapat skrin seperti di atas.

3) Ikuti langkah ini untuk meletakkan skrip ini di skrin utama iPhone anda.

4 ) Copy nombor yang anda ingin WhatsApp daripada mana-mana seperti email dalam format yang betul. Selepas selesai copy, tekan shortcut yang telah anda buat dalam langkah 3 sebelum ini.

Sebenarnya banyak lagi skrip-skrip yang berguna. Daripada masa ke semasa jika ada yang menarik akan kami terbitkan dalam Pisang Panas. Harapan kami ianya bakal memudahkan anda dalam melakukan tugas seharian.

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap