Jangan terpedaya dengan RAM tinggi dalam fon

Kerap kita lihat lewat ini pengeluar peranti fon mengiklankan peranti mereka dengan RAM yang tinggi. Sedikit sebanyak ia memberi impresi bahawa peranti mereka lebih bagus daripada peranti pengeluar lain.

Read more

Baru 2 hari kebakaran, Tabung Katedral Notre Dame peroleh 3.26 billion jumlah sumbangan

Hampir 700 juta euro (RM3.26 bilion) berjaya dikumpul bagi kerja baik pulih pembinaan katedral Notre Dame. Sumbangan dana adalah menyeluruh melibatkan golongan daripada jutawan, syarikat perniagaan ternama seperti Gucci dan Yves Saint Laurent, sektor awam serta rakyat tempatan.

Read more

Dua Helikopter Bertembung Dekat Gunung Everest, Tiga Maut Dan Tiga Cedera

Pesawat kecil melepasi landasan dan melanggar dua buah helikopter ketika melalui kawasan berhampiran Gunung Everest. Kejadian itu telah menyebabkan tiga orang terkorban dan tiga lagi cedera.

Kemalangan itu berlaku di lapangan terbang Lukla yang merupakan pintu masuk utama ke rantau Everest dan terkenal sebagai salah satu landasan paling sukar untuk mendarat di dunia.

Read more

Projek Cetus Perbalahan, Ini Kronologi Pembinaan ECRL Dari 2016

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencetuskan perbalahan mengenai kos pembinaannya sebelum ini akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Read more

Majikan Perlu Pastikan Pekerja Cukup Rehat, Elak Kemalangan Di Tempat Kerja

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Majikan digesa untuk memastikan pekerja mereka mempunyai rehat yang mencukupi sebelum atau selepas bekerja bagi menghindarkan kemalangan di tempat kerja, kata Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ir Saiful Azhar Mohd Said.

Read more

Disney akan melancarkan aplikasi stream mereka pada 12 November

Disney hari ini melancarkan servis stream mereka, Disney+. Servis ini akan menawarkan video hiburan daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan juga Fox.

Servis ini boleh digunakan di dalam pelayar web, fon pintar, TV pintar, tablet dan juga konsol game. Disney+ juga akan berada di dalam Roku dan aplikasi Playstation 4 di mana pihak Disney telah bekerjasama dengan Sony.

Read more

Trauma Dipukul, Pengawal Keselamatan Mahu Saman Pelawak

Trauma dengan kejadian yang menimpanya sehingga cedera teruk, pengawal keselamatan, Yahya Manap atau lebih dikenali sebagai Pak Ya mungkin akan menyaman pelawak terkenal yang membelasahnya.

Meskipun diberi cuti sakit selama tiga hari dan mendapatkan rawatan susulan, Pak Ya masih lagi menanggung sakit. Memang beliau boleh memaafkan perbuatan pelawak berkenaan tetapi kesan perbuatannya itu masih meninggalkan kesan yang mendalam buat Pak Ya.

Read more

Lan pet pet jadi samseng?

Pelawak Lan Pet Pet atau nama sebenar beliau Mazlan bin Ahmad, 50 mendapat kecaman netizen apabila video beliau memukul pegawai keselamatan tular di media sosial.

Kejadian yang berlaku Sabtu lalu, pada pukul 8 malam itu mendapat perhatian ramai apabila pelawak terbabit telah bertindak menumbuk pegawai keselamatan yang bertugas yang juga merupakan warga emas sebanyak 3 kali pada bahagian muka selain daripada turut menendang mangsa di bahagian pinggang.

Read more

(Video)”Kamu Memalukan Australia”, Senator Anning ‘Disekolahkan’ Rakan Parlimen Kerana Kenyataan Tak Sensitif Insiden Christchurch

Masih lagi segar dalam ingatan rakyat dunia termasuklah kita di Malaysia dengan insiden berdarah yang berlaku di Christchurch, New Zealand

Read more

Ganti bateri lama telefon Huawei hanya RM99

Selepas memperkenalkan Hari Servis Huawei yang menawarkan pembaikan tanpa caj perkhidmatan, Huawei kini kembali dengan promosi baru. Pengguna Huawei berpeluang menukar bateri di telefon Huawei mereka pada harga RM99 sahaja.

Kempen penukaran bateri RM99 ini berjalan selama sebulan, bermula dari 8 April sehingga 7 Mei 2019. Tetapi ia terhad kepada beberapa model sahaja termasuk P9, Mate 9 dan Nova Plus. Senarai penuh model yang terlibat seperti di bawah.

Read more