Koleksi Baju Raya, Creaćion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2019 bakal menggamit nostalgia Aidilfitri

Creaćion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2019 kali ini menampilkan 43 rekaan yang berkonsepkan “Art Decorative” sempena Raya 2019. Konsep yang di inspirasi dari Paris sejak tahun 1920-an ini membawa maksud (Art) ‘Kesenian’ dan (Decorative) ‘Hiasan Perhiasan’.

Read more

Penangan ‘Wongshu Wongshu’ buatkan netizen tidak boleh Move On dengan Episod 12, drama Nur 2

Penangan ‘Wongshu Wongshu’ buatkan netizen tidak boleh Move On dengan Episod 12, drama Nur 2

Unchee Fukada mula dikenali selepas watak beliau sebagai jiran Ustaz Adam di dalam drama Nur 2 (wongshuwongshu) menjadi bualan netizen. Beliau juga yang merupakan penolong pengarah bagi drama tersebut berjaya menaikkan watak tersebut apabila babak beliau menegur Ustaz Adam benar-benar membuatkan netizen tidak boleh ‘Move On’.

Read more

‘Keyboard Warrior’ mula bongkarkan penghujung drama Nur 2?

Nur 2 sudah hampir ke penghujungnya. Minggu ini merupakan minggu akhir buat drama popular tv3 itu. Pasti ramai yang tak sabar menunggu penamat drama tersebut.

Namun, buat yang sudah mengetahai penamat drama tersebut, mungkin melalui novel Nur 2 mahupun daripada medium lain, rasanya tidak perlulah untuk dihebahkan kisah penamatnya, kerana masih ramai yang setia menanti episod akhir drama tersebut.

Read more

Lakonan Azhan Rani Sebagai Ustaz Hamadi Dipuji Netizen, Memang Menjadi!

Pastinya penonton setiap kali akan rasa teruja menonton drama Nur 2, bukan sahaja jalan ceritanya penuh emosi, tetapi watak Ustaz Syed Hamadi lakonan Azhan Rani juga antara faktor yang menarik lagi minat penonton.

Ramai yang terkesan dengan karakter tersebut sampai ada yang kalau boleh mahu memecahkan televisyen kerana terlalu geram dengan Ustaz Hamadi yang menjadi penunggang agama demi kepentingan dirinya.

Read more

Triple Threat – Teruk dan Klise Hingga Ke Tahap Menarik

Dalam industri filem ada satu kategori filem yang mana filem tersebut terlalu teruk dan klise sehingga ia semacam seronok untuk ditonton. Filem-filem ini biasanya berbajet sederhana hingga rendah, penuh aksi klise dan memang seronok ditonton sambil mempermainkan sifat klise filem tersebut. Dalam bahasa Inggeris, adjektif yang digunakan untuk menggambarkan filem sebegini adalah “camp” (disebut kamp), bermakna keterukkan filem tersebut adalah sebab filem itu seronok ditonton. Sekali pandang filem Triple Threat merupakan calon filem untuk kategori filem “camp” ini.

Read more

Disaman RM200,000, Sajat Lantik Siti Kasim Sebagai Peguam Bela

Usahawan kecantikan terkenal, Nur Sajat berdepan saman RM200,000 yang difailkan oleh bekas stokis Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd menerusi OWA Resources gara-gara beliau dikatakan gagal membekalkan produk bengkung dan ‘girdle’ yang sudah ditempah dan dibayar oleh stokis.

Read more

Animasi Upin Ipin Catat Kutipan RM25 Juta Selepas 3 Minggu Tayangan

Membanggakan, hanya dalam tempoh 3 minggu tayangan, filem animasi terhangat Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal berjaya mengutip RM25 juta dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.

Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam dalam Malaysia. Berita itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram Upin Ipin Official.

Read more

Fazura Tetap Mahu Hans Isaac Mohon Maaf

Pelakon Nur Fazura masih tetap dengan pendiriannya yang menggesa Datuk Hans Isaac untuk memohon maaf kepadanya dan suami, Fattah Amin berikutan kiriman mesej yang menuduh beliau tidak menghormati artis lain dan membuat keputusan mengikut kehendak sendiri ketika bergandigan bersama suaminya itu sebagai penyampai anugerah FFM30 Sabtu lalu.

Read more

Hampir Sebulan Tinggal Berjauhan, Saya Masih Lagi Isteri Aliff – Bella Astillah

Selepas ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon Oktovia Manrose, pelakon Aliff Aziz bertindak mendiamkan diri, tinggal berasingan bersama isterinya, Bella Astillah dan sudah memadam semua foto mereka bersama di akaun Instagram. Apa agaknya status pasangan ini?

Read more

Extreme Job – Filem Komedi Penyiasatan Yang Menghiburkan

Jika anda melihat di bahagian bawah senarai filem popular di pawagam, anda tentu akan terjumpa filem Extreme Job. Ia bukanlah filem popular yang ditunggu-tunggu peminat filem, jika dibandingkan dengan Shazzam, Dumbo dan Avengers Endgame. Malah ketika kami menontonnya, hanya terdapat 1-2 orang lain yang turut menonton filem ini pada ketika itu. Apa pun, berikut ulasan kami mengenai filem komedi Korea Selatan ini.

Read more